Berikut adalah Terma & Syarat yang wajib dipersetujui oleh ejen sebelum menggunakan sistem:
1. Penggunaan sistem adalah di bawah risiko & tanggungjawab sendiri.
2. Deklarasi pendapatan yang diperolehi dari program ini adalah di bawah tanggungjawab ejen.
3. Anda mestilah bersetuju dengan Terma & Syarat ini untuk meneruskan penggunaan sistem.
POLISI AM EJEN SYSFEL
OBJEKTIF
1. Menjelaskan hak, tugas dan tanggungjawab Ejen Sysfel.
2. Menjelaskan kewajipan Ejen Sysfel pematuhan peraturan Akta Jualan Langsung.
3. Menjelaskan kewujudan hubungan diantara sesama ejen demi memastikan kerjasama yang baik dalam kalangan ejen.
4. Menjelaskan kewujudan hubungan antara Ejen Sysfel dan Syarikat Raffelinna Sdn Bhd dalam merancakkan perkembangan perniagaan.
5. Memastikan Ejen Sysfel memperolehi keuntungan yang sepatutnya dibawah skim jualan dan pelan pemasaran perniagaan.
6. Memupuk etika perniagaan yang sihat dan harmoni dikalangan Ejen Sysfel.
 
1. TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN SEBAGAI EJEN SYSFEL
1.1. Warganegara Malaysia dan memiliki Mykad yang sah.
1.2. Individu bukan warganegara Malaysia perlu memiliki passport yang sah dan dilampirkan bersama-sama satu salinan untuk rujukan dan simpanan ibupejabat Raffelinna Sdn. Bhd.
1.3. Individu yang mendaftar sebagai ejen Sysfel mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
1.4. Setiap pendaftaran yang lulus, ejen layak menerima No. ID ejen dan akses login ke dalam sistem. Ejen juga akan dibekalkan 4 naskah ebook iaitu Sysfel Secret Recipe, Tips Ejen Baru, Rutin Harian Ejen Sysfel dan Penetapan Target Jualan.
1.5. Set barangan dan produk telah disediakan dari pihak ibupejabat.
1.6. Sebagai ejen sah Sysfel, anda perlu bersungguh-sungguh, jujur, komited, amanah dan berhasrat untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga anda.
1.7. Pihak ejen perlu menjaga imej diri dan pihak syarikat dari masa ke masa.
1.8. Pihak ejen perlu bersedia untuk menerima cadangan dan tindakan dari pihak syarikat bagi bertujuan penambahbaikan bersama dan secara menyeluruh.
1.9. Pihak ejen perlu bersedia menerima sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak syarikat dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak syarikat.
1.10. Ejen perlu peka terhadap makluman terbaru berbentuk memo yang dimuatnaik di Facebook Sysfel Consultant Main Legacy dan Telegram Ejen Sysfel (Main Channel) dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan ketinggalan makluman-makluman penting.
2. DEFINISI KEAHLIAN SYSFEL
2.1. Ahli Biasa
2.1.1. Individu yang mendaftar sebagai ahli Sysfel di dalam sistem pintar Sysfel (Sysfel Smart System) dan menikmati diskaun ahli untuk setiap pembelian produk Sysfel.
2.2. Dropship
2.2.1. Individu yang membuat jualan produk Sysfel melalui ejen Sysfel dan menerima komisen daripada ejen Sysfel berkenaan.
2.3. Ejen Tidak Aktif
2.3.1. Tidak membuat sebarang belian selama 90 hari dan status di dalam sistem bertukar ‘kelabu’. Pada peringkat ini keahlian ejen boleh ditamatkan dan ditukarkan kepada status ‘Ahli Biasa’.
3. PEMULANGAN BARANGAN
3.1. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan pada barangan yang rosak akibat kecuaian pihak ke-3 (pengilangan atau perkhidmatan kurier).
3.2. Barangan yang rosak akibat kecuaian pihak kurier, ejen perlu buat aduan dan tuntutan dari pihak kurier.
3.3. Bagi pemulangan produk atas sebab pengilangan, pihak ejen perlulah menyertakan maklumat berikut sebelum membuat aduan kepada pihak khidmat pelanggan Raffelinna
• Nombor pesanan produk
• Tracking number
• Nombor batch produk
• Imej dan video kerosakan produk
3.4. Anda dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit pembelian sebagai bukti.
3.5. Produk yang dipulangkan mesti mengandungi sekurangan-kurangnya 80% daripada isipadu asal produk.
3.6. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana barangan yang rosak akibat cara simpanan yang salah atau barang disimpan terlalu lama sebelum dijual oleh ejen atau pembeli.
3.7. Kos penghantaran semula jika parcel dikembalikan kepada HQ atas sebab kecuaian ejen yang tidak menuntut barang adalah ditanggung oleh pihak ejen sendiri.
3.8. Kos penghantaran semula jika parcel dikembalikan kepada HQ atas sebab kesalahan scanner (jig code) adalah ditanggung oleh pihak HQ.
3.9. Pihak ejen yang mengalami sebarang masalah penghantaran dan pemulangan barangan perlulah melaporkan atau membuat aduan kepada pihak khidmat pelanggan Raffelinna.
4. FORCE MAJEURE
4.1. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana barangan yang rosak akibat bencana alam contohnya seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.
5. PERTUKARAN BARANGAN
5.1. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa 7 hari pada hari bekerja (Ahad – Khamis) dari tarikh resit pembelian.
5.2. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian.
5.3. Barang gantian perlulah sama dengan barang pertukaran.
5.4. Bagi barangan yang rosak akibat pengilangan kos pertukaran barang adalah ditanggung oleh pihak syarikat.
6. PEMBAYARAN & PESANAN BARANGAN
6.1. Semua ejen diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran supaya pengurusan penghantaran dapat dijalankan dengan lancar.
6.2. Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pembayaran dibuat oleh pihak Ejen.
6.3. Ejen perlulah mengemukakan bukti pembayaran yang dihantar kepada emel ejen atau bukti transaksi berjaya yang dihantar oleh pihak SenangPay atau Billplz.
6.4. Semua pesanan barangan dihantar dalam jangkaan masa 1-7 hari syarikat dan pihak kurier bekerja (Sabtu-Khamis 9.00am-6pm).
6.5. Bagi pakej pre-order, proses pengeposan produk akan bermula dari tarikh yang dinyatakan di dalam memo rasmi pihak syarikat.
6.6. Semua pesanan yang dimasukkan ke dalam sistem tidak boleh dibatal setelah status pesanan berjaya.
6.7. Bagi aduan yang berkaitan dengan masalah kurier (syarikat pengeposan) perlulah diadukan terus kepada pihak kurier dan jika sekiranya masalah tersebut perlu mendapatkan kerjasama dari pihak syarikat anda perlulah menyertakan sekali nombor aduan tersebut.
6.8. Pesanan produk yang diambil dengan mode Ambil Sendiri di HQ, perlulah dimaklum segera iaitu sehari sebelum produk diambil.
6.9. Bagi pesanan yang telah dibuat perlulah diambil dalam jangka masa 1-7 hari iaitu pada waktu syarikat bekerja (10am-1pm, 2pm-6pm) kecuali produk yang telah dimaklumkan sebagai preorder.
6.10. Pesanan yang tiada dalam sistem meskipun bayaran berjaya diterima oleh HQ, perlulah dilaporkan segera kepada Pembantu Khidmat Pelanggan Syarikat dan pengadu perlu bersedia dengan maklumat seperti screen shoot emel bayaran diterima HQ yang mengandungi billing ID dan no rujukan bayaran, mengisi borang yang disediakan oleh HQ.
7. ADUAN & KHIDMAT PELANGGAN
7.1. Setiap ejen yang menghadapi masalah berkait dengan perkhidmatan Sysfel, setiap aduan wajib disalurkan melalui nombor khidmat pelanggan Sysfel yang diwartakan sahaja untuk tindakan dan penyelesaian yang lebih efisien.
7.2. Ejen dilarang sama sekali membuat aduan melalui hantaran (posting) facebook baik di page facebook peribadi atau di page dan facebook group rasmi Sysfel.
7.3. Aduan ejen akan disemak dan diberi maklum balas dalam tempoh 48 jam waktu bekerja mengikut bergantung kepada keadaan isu tersebut.
8. PERTUKARAN GENEOLOGY
8.1. Pertukaran dan pemisahan geneology Ejen Sysfel daripada kumpulan masing-masing adalah tidak dibenarkan sama sekali daripada awal penyertaan sebagai ejen Sysfel kerana akan menyukarkan pengiraan nilai ganjaran kepada setiap ejen dan melambatkan proses pembayaran bonus kepada ejen-ejen Sysfel yang terlibat dalam geneology tersebut.
9. PEMBATALAN KONTRAK SEBAGAI EJEN SYSFEL
9.1. Status akaun ejen yang aktif tidak boleh ditamatkan selagi tidak ditamatkan secara automatik oleh sistem Sysfel.
9.2. Status sebagai ejen akan tamat secara automatik setelah 90 hari ejen tidak mebuat apa-apa pembelian Raffelinna Sdn Bhd tanpa jumlah minimum.
10. WARIS / PEMEGANG AMANAH
Individu yang disahkan oleh ejen Sysfel yang layak menerima komisen, bonus dan sebarang ganjaran hasil daripada jumlah jualan peribadi dan kumpulan sekiranya ejen meninggal dunia.
11. GANJARAN DAN ANUGERAH (REWARD)
11.1. Setiap ejen Sysfel layak menerima anugerah dan ganjaran yang telah ditetapkan oleh ibupejabat berdasarkan pencapaian prestasi jualan yang ditentukan dalam pelan pemasaran perniagaan.
11.2. Ganjaran yang tidak termaktub dalam pelan pemasaran hanya dianugerahkan atas budi bicara pihak syarikat Raffelinna Sdn. Bhd. tanpa sebarang kewajipan ke atas ibupejabat Raffelinna Sdn. Bhd. untuk menyediakan peruntukan ganjaran yang sama kepada ejen-ejen yang mendapat pencapaian yang sama selepas tempoh tersebut.
11.3. Ganjaran tidak termaktub ini selepas ibu pejabat menilai prestasi cemerlang ejen-ejen Sysfel dan berhasrat menganugerahkan insentif sebagai motivasi dan penghargaan oleh pihak syarikat di atas usaha gigih para ejen Sysfel.
11.4. Untuk setiap pengiraan ganjaran kepada ejen Sysfel akan menggunakan kaedah nilai bonus (BV) mengikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap produk Sysfel.
11.5. Personal Sale (Jualan Persendirian)
11.5.1. Setiap ejen Sysfel layak mendapat ganjaran Personal sale jika mencapai minima sasaran jualan seperti yang telah ditetapkan pihak ibupejabat Raffelina Sdn Bhd dari semasa ke semasa. Senarai ganjaran Personal Sale adalah seperti berikut. (Sila rujuk lampiran A)
11.6. Top 3 Personal Sale dan Group Sale
11.6.1. 3 orang ejen dengan nilai jualan peribadi dan nilai jualan kumpulan tertinggi dan melebihi target yang telah ditetapkan pihak ibupeajbat Raffelinna Sdn Bhd pada bulan berkenaan layak mendapat ganjaran top 3 Personal sale dan group sale yang telah ditetapkan oleh Syarikat.
11.7. Ganjaran Bonus
11.7.1. Setiap ejen Sysfel layak menerima ganjaran bonus jika mencapai jualan minumun berdasarkan peratus yang telah ditetapkan pihak Raffelinna Sdn bhd.
11.7.2. Kadar jualan minimum yang perlu dicapai oleh Ejen Sysfel (boleh dirujuk lampiran B) iaitu Jadual Insentif Ejen Sysfel.
12. Pindaan
12.1. Raffelinna Sdn Bhd berhad untuk mengemaskini dan menambahbaik terma-terma dan syarat polisi am Ejen Sysfel, Panduan Ejen Sysfel dan Pelan Pemasaran Perniagaan dari semasa ke semasa berdasarkan isu-isu berbangkit dengan objektif untuk memberi manfaat dan kelebihan kepada ejen-ejen untuk mengembangkan perniagaan tanpa sebarang prejudis.
12.2. Notis perubahan akan dimaklumkan kepada pihak ejen Sysfel terlebih dahulu dalam tempoh masa tertentu sebelum pelaksanaan terma dan syarat baharu.
Sekian, terima kasih.